Jumat, 27 Maret 2009

PANDUAN MENTERNAK ITIK TELUR

PENDAHULUAN
Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.

PEMILIHAN BAKA
Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
1.mempunyai daya hidup yang tinggi
2.bebas dari kecacatan
3.penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
4.menghasilkan telur yang berkualiti
5.berat antara 65 - 75 gm sebiji
6.kulit telur adalah keras
7.warna kuning telur kemerah-merahan
8.saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
9.ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.
Baka-baka/bibit itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell, itik mojosari, itik Tegal dll.

PERUMAHAN/KANDANG DAN PERALATAN
Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
1.Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapandan menghapuskan gas amonia dari najis itik
2.Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar.
Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
3.Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke
kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak
bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
4.Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.


PERALATAN
Induk palsu antaranya:
Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,
Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)
Sarang bertelur
Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya

MAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.
Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1. Makanan komersil
2. Makanan campuran sendiri

1.Makanan komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.
Umur Jenis Makanan Kandungan
Protin Tenaga
0 - 2 minggu “Duck Starter” 20 % 2700-3000
2 - 3 minggu “Duck Starter” dicampur “Duck Grower” - -
4 - 16 minggu “Duck Grower” 16 % 2500 - 2800
16 minggu dan semasa bertelur “Layer” 17 % 2600 - 2900

2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .
Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-
Umur
0 - 4 minggu 1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu 11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur) 160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari
Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT
Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-
Menjaga kebersihan ladang setiap masa
Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat ” antistress” harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA
Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.
sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:- Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.
Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur
Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.
Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.
Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki
Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.

PENGURUSAN
Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:
•Persediaan sebelum ketibaan anak itik
•Pemeliharaan semasa perindukan
•Pengurusan semasa membesar
•Pengurusan semasa bertelur

Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik
Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)
Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.
Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.

Pemeliharaan Semasa Perindukan
•Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.
•Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.
•Beri antistress selama 3 hari.
•Beri makanan duck starter crumble tanpa had
•Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.
•Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.

Pengurusan Semasa Membesar
•Keluarkan alat pemanas dan pembentung
•Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar
•Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering
•Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl
•Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .
•Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.

Pengurusan Itik Semasa Bertelur
Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-
•Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.
•Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.
•Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.
•Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama
Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)

Disunting dari Cara bertenak itik di malaysia.
Juni 25, 2008 oleh sutanmuda

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Tinggalkan pesan anda